Apa itu hari malaysia?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..


kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua sesuatu iaitu berkenaan Hari Malaysia...
Adakah kalian semua tahu kenapa Hari Malaysia diraikan sedangkan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos telah kita raikan? 



Jom kita lihat fakta mengenai Hari Malaysia..



1. Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963.

2.  Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6.

3. Terdapat beberapa bantahan terutama dari Indonesia dan Filipina yang memaksa membuat pungutan suara rakyat Sabah, Sarawak dan Singapura untuk kali yang kedua.

4.  Hari Malaysia ini adalah satu tanda penyertaan bersama Tanah MelayuBorneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

5.  Pada awalnya, Hari Malaysia bukan merupakan cuti am bagi negeri sabah, sarawak, singapura dan semenanjung.. tetapi pada tahun 2010, Hari Malaysia telah diwartakan sebagai cuti am bagi seluruh Malaysia.



 kesimpulannya ialah 16 september setiap tahun disambut kerana memperingati dan menyambut kemerdekaan bagi negeri Sabah dan Sarawak serta pergabungan antara Sabah, Sarawak, Singapura dan semenanjung malaysia bagi menubuhkan negara Malaysia tercinta..



Selamat Menyambut Hari Malaysia 2013..

bye.. :)

Comments

Popular posts from this blog

Kening Berdenyut-denyut

Isu masalah pelajar zaman sekarang

Perkataan Bahasa Inggeris paling panjang