Posts

Showing posts from January, 2011

Grand Gerkofest 3 ( Perbincangan dan lawatan tapak )

Image
Saya dalam program ni dilantik sebagai  Penyelaras  program bagi menyelaras dan memastikan semua tugasan berjalan dengan lancar mengikut perancangan yang telah dibuat. Ini la tugas yang agak susah sebab kali ni saya kena berkerjasama dengan orang yang saya tak pernah jumpa dan berurusan dengan pihak luar yang terlibat. Banyak perbincangan dibuat dan Alhamdulillah, ia telah menampakkan hasil apabila kami Berjaya membuat lawatan tapak dan perbincangan serta pertemuan 4 mata antara pihak kami dan pihak kem di lokasi di namakan  Kem Nur Lembah Pangsun, hulu Langat, Selangor . Tempat ni memang best dan sangat sesuai. Jadi tempat ini telah kami pilih untuk program kami ini. Mesyuarat AJK Program Grand Gerkofest 3 @ KUIS antara barisan tertinggi Grand Gerkofest 3  perbincangan tentang aktiviti dan setiausaha ( berkopiah ) mencatat sesuatu sempat lagi nk bergambar bagai.. hihi.. ni tugu penanda Kem Nur Lembah Pangsun melihat dan melawat sekitar kawasan

Kajian Gerko ( Gerak Kerja Kokurikulum )

Image
Kali ni saya dan rakan saya Mohd Asraf Bin Khairul Annuar kena buat satu tajuk kajian berkaitan dengan perlancongan dimalaysia. Agak susah la nak memilih tajuk pada asalnya, sebab tempat perlancongan yang nak dipilih tu kena la dekat dan mudah untuk pergi membuat kajian disana. Jadi saya dan saudara Asraf memilih untuk pergi ke Sepang Goldcoast sahaja untuk membuat kajian. Proses membuat kajian itu pun agak susah, sebab masa kami turun kelapangan untuk mengambil sedikit maklumat dari pihak sana, ada la juga yang kurang memberikan kerjasama. Tapi itu semua perkara biasa dalam mencari maklumat macam ni. Jadi kami tabahkan hati untuk menyiapkan kajian ini untuk dibentangkan di program Gerko fest nanti. Doakan yang kami akan Berjaya nanti.. Insya Allah… kat bawah ni gambar-gambar yang kami perolehi untuk kajian..tapi jujur saya cakap, tempat ni memang cantik .. salah satu taman yang terdapat disana keindahan ketika matahari terbenam salah satu bangunan