Kening Berdenyut-denyut


gambar hiasan

Assalamualaikum..
pelik-pelik, kening saya dah hampir seminggu berdenyut sekali sekala..
sebelum ni tak pernah pula kena..
saya pun bertanya kat orang berkenaan masalah ni ke sana dan sini.. semua tak tahu kenapa..
last2 sekali saya google jer.. 
lepas tu saya jumpa la maklumat-maklumat ni kt beberapa blog..

Maklumat dari blog kalam hati.. 
 bertajuk petanda bulu kening bergerak.. 

Ada orang search pasal ni..kening anda bergerak ye..hehe rasanya belum pernah buat entry pasal lagi..tapi si pencari tersesat ke sini..

Rasanya semua orang pernah alami benda ni kening atau kelopak mata bergerak-gerak..Ada orang kata kalau kelopak mata kanan bergerak, tandanya ada berita gembira..Kalau kelopak kiri yang bergerak, tandanya ada perkara yang tak baik akan berlaku..

Dan pernah juga Kalamhati terbaca atau terdengar orang cakap, kalau kening kanan bergerak tandanya orang tu nak dapat kegembiraan..Kalau kening kiri bergerak tandanya nak dapat duit..huhu

Sejauhmana betulnya tak tau la..Tapi kalau ikut pengalaman diriku sendiri..Pernah juga berlaku kebenarannya..Pernah sekali tu kelopak mata kiri ni duk bergerak dalam seminggu gak la..Minggu lepas tu, keretaku kena langgar..huhu

Dan masa arwah ayah nak meninggal pun banyak kali kelopak mata kiri ni duk berkedip..tak tahu la..mungkin secara kebetulan saja..

Kalau ikutkan, kening atau kelopak mata tu bergerak sebab darah tengah mengalir ke situ..

Korang ada pendapat lain?

 Maklumat dari blog Strange Girl Stories  
bertajuk apabila anggota badan berdenyut-denyut 

 Hari ni saya telah berjumpa dengan rakan junior saya di TESCO Melaka. Memandangkan mak saya ingin melawat Pak Cik saya yang kini terlantar sakit di Hospital Melaka, jadi saya bawalah mak saya bertemu dengan rakan junior saya ni sekali sebelum pergi ke Hospital Melaka. Apa yang peliknya, sejak saya bertemu dengan junior saya di TESCO Melaka petang tadi, sampailah saya balik ke rumah, jari telunjuk saya yang sebelah kanan nih asyik berdenyut-denyut jer... Sampai saya terfikir, "Eh, aku ni ada sakit urat ker? kenapa jari telunjuk sebelah kanan ni asyik berdenyut-denyut jer?".

Jadi tanpa membuang masa, saya pun 'serve'lah internet untuk mencari apakah 'penyakit' yang telah menyerang saya sehingga jari telunjuk saya ni asyik berdenyut-denyut jer. Dan dibawah ini adalah jawapan yang saya dapat dari hasil pencarian saya di internet. Rupa-rupanya, jari telunjuk berdenyut-denyut nih bukannya satu 'penyakit', tetapi merupakan satu 'petanda'... Oklah, nak tahu apa dia? Jom baca keterangan dibawah...

Petanda Anggota Badan Berdenyut-denyut

1. Seluruh badan : akan menyaksikan keindahan.

2. Kepala : akan mendapat anugerah raja.

3. Ubun-ubun : akan memperolehi pangkat.

4. Kening sebelah kanan : akan mendapat wang.

5. Kening sebelah kiri : akan gembira.

6. Pelipis sebelah kanan : akan mendapat wang.

7. Pelipis sebelah kiri : akan bertemu dengan kekasih hati.

8. Kelopak mata sebelah kanan atas : akan mendapat wang.

9. Kelopak mata sebelah kanan bawah : akan menderita kesusahan.

10. Kelopak mata sebelah kiri atas : akan memperoleh sesuatu yang baik.

11. Kelopak mata sebelah kiri bawah : akan menangis.

12. Kelopak air mata sebelah kanan : akan menangis.

13. Kelopak air mata sebelah kiri : bebas dari kesedihan yang mendalam.

14. Sudut mata kanan : akan melihat kekasih anda.

15. Sudut mata kiri : akan memderita kesusahan.

16. Biji mata sebelah kanan : akan menangisi orang mati.

17. Biji mata sebelah kiri : akan melihat orang yang datangnya dari jauh.

18. Pipi sebelah kanan : akan difitnah orang.

19. Pipi sebelah kiri : akan menderita sakit.

20. Hidung sebelah kanan : akan mendapat wang yang halal.

21. Hidung sebelah kiri : akan melihat kekasihnya.

22. Bibir sebelah kanan atas : akan memperoleh kejayaan.

23. Bibir sebelah kanan bawah : akan memperoleh kebahagiaan.

24. Bibir sebelah kiri atas : akan berunding dengan saudaranya.

25. Bibir sebelah kiri bawah : akan mendapat pekerjaan baik.

26. Tengah-tengah bibir atas : akan bertengkar.

27. Tengah-tengah bibir bawah : akan menikmati makanan yang lazat.

28. Telinga sebelah kanan : akan bertemu dengan sanak saudara.

29. Telinga sebelah kiri : akan mendapat upah yang baik.

30. Dagu sebelah kanan : akan dimuliakan orang agung.

31. Dagu sebelah kiri : akan bertemu dengan orang agung dan diberi pangkat.

32. Leher sebelah kanan : akan sakit keras.

33. Leher sebelah kiri : akan menderita sakit tetapi lekas sembuh.

34. Pundak sebelah kanan : sanak saudara akan sakit.

35. Pundak sebelah kiri : akan dimuliakan wanita.

36. Kedua-dua belah pundak : akan menderita sakit.

37. Bahu sebelah kanan : akan bertengkar.

38. Bahu sebelah kiri : akan menderita sakit.

39. Belakang sebelah kanan : akan mendapat kunjungan orang yang meminta pinjaman wang.

40. Belakang, tengah-tengah : akan menderita sakit atau mendapat kesusahan.

41. Belakang sebelah kiri : akan memperoleh kebahagiaan.

42. Dada sebelah kanan : akan bertemu kekasihnya.

43. Dada sebelah kiri : akan bertemu wanita ayu.

44. Tengah-tengah dada : akan memperolehi kebahagiaan.

45. Buah dada sebelah kanan : akan mendapat wang.

46. Buah dada sebelah kiri : akan mendapat kunjungan orang yang berpangkat.

47. Perut sebelah kanan : akan memperolehi banyak rezeki.

48. Perut sebelah kiri : akan mendapat wang yang banyak.

49. Pusat : akan memperolehi anugerah dari Tuhan.

50. Lesung pipi sebelah kanan : akan memperolehi jodoh.

51. Lesung pipi sebelah kiri : akan mendapat anak.

52. Ulu hati : akan mendapat wang.

53. Tangan kanan atau kiri : akan mendapat wang.

54. Tapak tangan sebelah kanan : akan mendapat wang.

55. Tapak tangan sebelah kiri : akan memperoleh keuntungan hasil dari perniagaan.

56. Lengan sebelah kanan : akan mendapat rezeki.

57. Lengan sebelah kiri : akan mendapat wang.

58. Siku sebelah kanan : akan mengalami sesuatu yang tidak menyenangkan.

59. Siku sebelah kiri : akan mendapat wang.

60. Jari manis tangan sebelah kanan : akan mendapat wang.

61. Jari manis tangan sebelah kiri : akan mendapat jodoh.

62. Telunjuk tangan sebelah kanan : akan diangkat menjadi saudara oleh seseorang.

63. Telunjuk tangan sebelah kiri : akan diterima baik oleh orang.

64. Celah-celah jari tangan sebelah kanan : akan mendapat kegembiraan.

65. Celah-celah jari tangan sebelah kiri : akan dikasihi oleh orang agung.

66. Jari ibu sebelah kanan : akan mendapat jodoh yang baik.

67. Jari ibu sebelah kiri : akan mendapat jodoh.

68. Celah-celah jari telunjuk sebelah kanan : akan mengalami sesuatu yang memalukan.

69. Celah-celah jari tangan sebelah kanan : akan mendapat pekerjaan.

70. Jari tengah tangan kanan : akan menderita sakit.

71. Jari tengah tangan sebelah kiri : akan menderita susah.

72. Bawah rusuk (lambung) sebelah kanan : akan mendapat kesusahan.

73. Bawah rusuk (lambung) sebelah kiri : akan marah-marah.

74. Pinggang sebelah kanan : akan memperolehi sesuatu yang baik.

75. Pinggang sebelah kiri : akan mencintai orang.

76. Purus sebelah kanan : akan bersetubuh.

77. Purus sebelah kiri : akan diangkat menjadi penghulu.

78. Kemaluan sebelah kanan : akan kedatangan tamu.

79. Kemaluan sebelah kiri : akan mendapat rahmat Tuhan.

80. Bagi wanita, kemaluan sebelah kanan atau kiri : akan mendapat jodoh.

Hmm... itulah antara maksud disebalik anggota badan yang berdenyut-denyut tu... Walau bagaimana pun, anggaplah keterangan ini sekadar pengetahuan sahaja. Nak percaya sangat pun, kita tak tahu kesahihannya kan?
Ok... ini saja untuk entry kali ni...

  
Maklumat Dari Blog Love love Islam
bertajuk Tanda-tanda kematian untuk orang islam 

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.

Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.

Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.

Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.

Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masukke dalam.

Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda Akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.

Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. 

sampai 3 blog saya ambil dan 2 blog diatas ada kena mengena dengan saya tetapi blog Love Love Islam tidak ada. Semua yang saya highlight tak ada yang mengenai apa yang saya alami di dalam blog tersebut. Akhir kata, harap-harap perkara baik yang akan berlaku kepada saya dan buka sebaliknya. Insya Allah..

- Sekian -


















Comments

  1. Kedua kening mlihat bende ghaib(hijab terbuka) or dikaitkn dengam saka or jin
    Kening kanan akan dpat rezeki halal. Kening kiri dapat rezeki or duit haram.
    Kelopak Mata kanan melihat perkabaran yg baik.kelopak Mate kiri melihat kesidihan atau berita xbaik.
    Berdenyut pusat ke umbun dikaitankan dengan roh akan pergi.
    Wallahulam.

    ReplyDelete
  2. Kalau diantara tengah2 tapi ats sikit pada batang hidung mcm mn pula, adakah ia tanda kematian?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dlm.al quran tiada ckp pon tanda khusus tu dan itu semua rahsia Allah

      Delete
  3. Assalamualaikum tumpang tanya. Tentang tanda kematian tu, pusat akan berdenyut selama 40 hari atau sehari sahaja?

    ReplyDelete
  4. Mari kita sama2 pertingkatkan amalan kita utk d bawa bertemu Allah nanti tidak kira samada kita mendapat tanda atau tidak tidak yg pasti kematian blh berlaku sekelip mata dn x perlukan tanda2

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. MEGA DRIVE VACOR COUNCIL & HOTEL - JRM Hub
    SEGA DRIVE VACOR COUNCIL & HOTEL. 717 W 1st St, 경상북도 출장마사지 Las Vegas, NV 공주 출장안마 89109. Use this 천안 출장샵 link for free. HOTEL CHASE 3-STAR 남양주 출장마사지 HOTEL. 당진 출장마사지

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Isu masalah pelajar zaman sekarang

Perkataan Bahasa Inggeris paling panjang