Selamat Hari Raya 2012

salam lebaran saya ucapkan kepada semua, setelah kita berpuasa selama sebulan dengan menempuh segala kesusahan dan lapar serta dahaga serta di duga pula dengan cuaca yang amat panas. Itu semua adalah ujian kita semasa beribadah kepada Allah dan tanda syukur kita diatas segala nikmat yang Allah turunkan kepada kita selama kita hidup dimuka bumi ini. Sambutlah kejayaan ini dengan penuh kesyukuran kepada ilahi. kebetulan pula syawal kali ini sama dengan tarikh kemerdekaan Malaysia yang ke 55 tahun. semoga keamanan yang kita kecapi hari ini berterusan tanpa ada tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab memusnahkan keamanan ini.
Selamat Hari Raya Aidul Fitri dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia Ke 55.. 

Comments

Popular posts from this blog

Kening Berdenyut-denyut

Isu masalah pelajar zaman sekarang

Perkataan Bahasa Inggeris paling panjang