Dua tanggungjawab tambahan


Dua tanggungjawab yang dirasakan berat diberikan kepada saya. Kenapa la pilih saya jadi exco-exco ni, dah la sem ni banyak subjek yang boleh tahan susahnya. Tapi saya menerima dengan hati terbuka tugas dan tanggungjawab yang diberi apabila saya mengigat kembali kata-kata Ust saya, setiap tanggungjawab dan dugaan itu hanya Allah beratkan kepada manusia yang mampu untuk menanggungnya. 

 
kiri logo kelab Asnaf di KUIS dan kanan logo Lajnah Pendidikan Islam ( FP )


saya telah dilantik sebagai Exco Multimedia dan informasi, didalam Lajnah Bahagian Pendidikan Islam, Faulti Pendidikan, KUIS dan perlantikan sebagai Exco Pendidikan, Kelab Zakat Selangor,KUIS. Tetapi masalah yang timbul ialah kebanyakkan program yang dianjurkan oleh Fakulti Pendidikan adalah program dibawah subjek pada masa ni. Jadi, bagi mengelakkan orang sangka lain dan didenda kerana tak datang program, saya terpaksa memberitahu dan meminta kebenaran untuk tidak hadir bagi sesetengah program anjuran Kelab Zakat Selangor,KUIS kerana masanya bertembung dangan masa program Fakulti Pendidikan. Agak penig jugala kepala nak seimbangkan masa tu. Hanya permohonan dari Allah sahaja dapat membantu ku…










Comments

Popular posts from this blog

Kening Berdenyut-denyut

Isu masalah pelajar zaman sekarang

Perkataan Bahasa Inggeris paling panjang