Hari Alam Sekitar FP di KUIS




Akhirnya selesai juga program Hari Alam Sekitar ni. Letih dan tersangatlah letih menguruskan program tu. Dah la program tu saya yang jadi PENGARAHnya, dahla pengalaman dalam menganjurkan program macam tu memang saya tak ada.. tapi Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah sewaktu menjalankan program tu. Dekat bawah ni ada beberapa gambar aktiviti semasa program hari alam sekitar ni berlangsung, tetapi hanya beberapa gambar sahaja yang dapat saya muatkan didalam blog saya ni. Jadi, ni sebagai kenangan saya menganjurkan aktiviti pertama untuk saya dan rakan-rakan saya serta sebagai tatapan semua.


program ini telah dirasmikan oleh yang berusaha Tuan Haji Ishamuddin Bin Ismail selaku PENASIHAT dan pensyarah gerko 1.


memasukkan botol, kertas dan plastik di tong yang disediakan sebagai simbolik perasmian diiringi Pengarah program.
antara aktiviti yang terdapat di dalam tentatif yang pertama adalah pertandingan sajak bertemakan alam sekitar.
Peserta yang mendapat undian yang pertama dari Semester 1 (TESL)
Peserta kedua dari semester 2 (TESL)
Peserta ketiga dari semester 2 (DPPI)

Saudara Saifudin Md Sharil merupakan peserta keempat dan juara Pertandingan sajak bertemakan Alam Sekitar disebabkan sajak sepontan yang beliau berikan.



aktiviti menurunkan tandatangan diatas kain rentang sebagai simbolik menentang kemusnahan alam sekitar.

penerangan di booth tentang aktiviti kitar semula dan cara untuk mengitar semula barang terbuang.



antara barangan yang dibuat dari kotak.

antara barangan yang dibuat menggunakan kotak dan ketas surat khabar.


booth pameran barang kitar semula yang dapat dihasilkan dari barangan terbuang.


booth jualan..


antara buku-buku yang dijual di booth jualan..


Comments

Popular posts from this blog

Kening Berdenyut-denyut

Isu masalah pelajar zaman sekarang

Perkataan Bahasa Inggeris paling panjang