Posts

Menjejakkan kaki di bumi KUIS

Image
Tanggal 5 Mei 2010, hari rabu, merupakan tarikh saya dijemput untuk sesi temuduga bagi memasuki dan mengambil jurusan Diploma Perguruan dalam bidang Pendidikan Islam. Saya terasa teruju ketika menuju ke KUIS, tetapi rasa gerun dan takut menyelubungi diri. Dah la persediaan sikit, risau macam-macam pula diorang Tanya nanti. Ni la tempat saya ditemuduga.. Tapi sebelum temuduga, boleh pula berjumpa dengan saudara asraf khairul annuar dan beberapa rakan sekolah SAMBBST. Hihi.. hilang sedikit gemuruh dihati. Saya ditemuduga selepas saudara asraf, semasa menunggu, saya telah berkenalan dengan beberapa pelajar secara tidak langsung seperti saudara saifudin, saudara fairus (penuh dah lupa) yang datang dari perak, dan ada la beberapa yang saya lupa namanya..hihi.. saya telah ditemuduga oleh dua orang pensyarah iaitu kiri Ust Mohamad Fuad Bin Hj Ishak selaku Dekan Fakulti Pendidikan dan kanan Ust sapie Bin Sabilan selak...

Program Latihan Khidmat Negara

Image
Pada awalnya, akibat gembar-gembur cerita mengenai keburukan PLKN, saya merasakan program ini adalah sebuah program yang amat mensia-siakan, membazir masa, akan dibuli, akan dilatih dengan kejam dan sebagainya. Tidak kurangnya apabila ada yang mengatakan bahawa mereka yang terpilih untuk pergi ke program PLKN adalah pelajar yang tidak aktif dalam aktiviti ko-kurikulum disekolah mereka. Semua tanggapan itu saya terima bulat-bulat sehingga pada satu masa, ketika rakan-rakan menyemak keputusan yang terpilih  untuk ke PLKN termasuklah saya dan apabila nama saya terpilih untuk menyertai PLKN siri 7 tahun 2010, saya mengatakan “alangkah malangnya nasibku” huhu.. Bermulalah perjalanan saya dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Saya telah ditempatkan disebuah kem PLKN yang bernama kem Kepimpinan Gemilang Gopeng yang terletak di Gopeng, Perak. Setelah beberapa minggu berlalu, saya baru merasakan bahawa apa yang dikatakan oleh orang disekeliling saya selama ini tentang keburuk...

Program terakhir saya dalam K.SPBT (SAMBBST)

Image
Ini la program terakhir yang saya rancang bersama ahli kelab dan guru pembimbing dan ia merupakan kelab pertama yang Berjaya melakukan lawatan yang amat jauh dan juga dua kali berturut-turut dalam setahun (dalam nada bangga)..hihi. Ini untuk mengigati dan mengenang jasa semua ahli yang Berjaya berkerjasama dan menahan segala cabaran bersama saya dalam menjalankan pelbagai aktiviti seperti aktiviti merampas buku teks yang dilihat amat mencabar hati, perasaan dan mental korang semua. So, semua program yang saya dah rancang merupakan inisiatif untuk menaikkan SPBT sekolah SAMBBST sebagai tempat yang penting dan tidak hanya menjadi tempat untuk menyimpan buku, agih buku dan pulang buku sahaja kepada pelajar dan penghargaan kepada kalian semua. Panjang pulak membebelnya..hihi.. Program yang terakhiri ni ialah lawatan ke Pulau Pangkor selama 3 hari 2 malam. Alhamdulillah kerana perjalanan ini sebahagiannya telah tanggung oleh beberapa pihak yang namanya tidak diberitahu. Dibawah ni la ...