Program Latihan Khidmat Negara



Pada awalnya, akibat gembar-gembur cerita mengenai keburukan PLKN, saya merasakan program ini adalah sebuah program yang amat mensia-siakan, membazir masa, akan dibuli, akan dilatih dengan kejam dan sebagainya. Tidak kurangnya apabila ada yang mengatakan bahawa mereka yang terpilih untuk pergi ke program PLKN adalah pelajar yang tidak aktif dalam aktiviti ko-kurikulum disekolah mereka. Semua tanggapan itu saya terima bulat-bulat sehingga pada satu masa, ketika rakan-rakan menyemak keputusan yang terpilih  untuk ke PLKN termasuklah saya dan apabila nama saya terpilih untuk menyertai PLKN siri 7 tahun 2010, saya mengatakan “alangkah malangnya nasibku” huhu..

Bermulalah perjalanan saya dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Saya telah ditempatkan disebuah kem PLKN yang bernama kem Kepimpinan Gemilang Gopeng yang terletak di Gopeng, Perak. Setelah beberapa minggu berlalu, saya baru merasakan bahawa apa yang dikatakan oleh orang disekeliling saya selama ini tentang keburukan PLKN ini adalah tidak betul sama sekali. Pelbagai ilmu yang bermanfaat yang saya terima sama ada ilmu duniawi dan ilmu ukhrawi. Ceramah dan aktiviti keagamaan dijalankan oleh setiap agama dan bagi beragama islam, aktiviti disurau dan sebagainya diuruskan dan diberi dipertanggungjawabkan kepada beberapa ust dan ustzh daripada Kor Agama Tentera Diraja Malaysia.

selain itu juga, saya dapat berkawan dengan pelbagai lapisan masyarakat, kaum dan agama dari seluruh Malaysia serta dapat berkawan, makan dan minum bersama, tidur didalam bilik yang sama, memahami adat dan budaya setiap bangsa dan sebagainya.

dibawah ini adalah diantara gambar kenangan ketika berada disana..

charlie telah menjuarai pertandingan bola tampar
charlie diumumkan sebagai juara keseluruhan
saya selaku ketua komponi charlie disamping Hong selaku ketua komponi charlie B
sesi latihan menembak di lapang sasar menggunakan senjata M-16
bergambar kenang-kenangan bersama jurulatih charlie
bersama rakan-rakan PLKN ku..hihi..

Comments

Popular posts from this blog

Kening Berdenyut-denyut

Isu masalah pelajar zaman sekarang

Perkataan Bahasa Inggeris paling panjang