Menjejakkan kaki di bumi KUIS


Tanggal 5 Mei 2010, hari rabu, merupakan tarikh saya dijemput untuk sesi temuduga bagi memasuki dan mengambil jurusan Diploma Perguruan dalam bidang Pendidikan Islam. Saya terasa teruju ketika menuju ke KUIS, tetapi rasa gerun dan takut menyelubungi diri. Dah la persediaan sikit, risau macam-macam pula diorang Tanya nanti. Ni la tempat saya ditemuduga..




Tapi sebelum temuduga, boleh pula berjumpa dengan saudara asraf khairul annuar dan beberapa rakan sekolah SAMBBST. Hihi.. hilang sedikit gemuruh dihati. Saya ditemuduga selepas saudara asraf, semasa menunggu, saya telah berkenalan dengan beberapa pelajar secara tidak langsung seperti saudara saifudin, saudara fairus (penuh dah lupa) yang datang dari perak, dan ada la beberapa yang saya lupa namanya..hihi..



saya telah ditemuduga oleh dua orang pensyarah iaitu kiri Ust Mohamad Fuad Bin Hj Ishak selaku Dekan Fakulti Pendidikan dan kanan Ust sapie Bin Sabilan selaku ketua jabatan Pendidikan Islam Fakulti Pendidikan. 



Saya agak terkejut dan mengeletar selepas mendengar pengenalan diri yang mereka berdua sampaikan secara ringkas. Macam mana ni, habis la..haha..tapi setelah menjawab beberapa soalan dan lain-lain. Saya agak takut kerana segala jawapan yang saya berikan tadi adalah jawapan yang hanya terlintas diakal sahaja. Huhu..risau2..tapi,saya amat terkejut apabila tiba-tiba sahaja nama saya dipanggil dan diorang memberikan surat offer letter untuk pendaftaran. Agak teruja juga la dibuatnya. Haha.. tunggu kedatangan saya ke kuis pada 16 mei nanti untuk pendaftaran..hihi..

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kening Berdenyut-denyut

Isu masalah pelajar zaman sekarang

Perkataan Bahasa Inggeris paling panjang