Posts

Showing posts from 2010

Hari Alam Sekitar FP di KUIS

Image
Akhirnya selesai juga program Hari Alam Sekitar ni. Letih dan tersangatlah letih menguruskan program tu. Dah la program tu saya yang jadi PENGARAH nya, dahla pengalaman dalam menganjurkan program macam tu memang saya tak ada.. tapi Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah sewaktu menjalankan program tu. Dekat bawah ni ada beberapa gambar aktiviti semasa program hari alam sekitar ni berlangsung, tetapi hanya beberapa gambar sahaja yang dapat saya muatkan didalam blog saya ni. Jadi, ni sebagai kenangan saya menganjurkan aktiviti pertama untuk saya dan rakan-rakan saya serta sebagai tatapan semua. program ini telah dirasmikan oleh yang berusaha Tuan Haji Ishamuddin Bin Ismail selaku PENASIHAT dan pensyarah gerko 1 . memasukkan botol, kertas dan plastik di tong yang disediakan sebagai simbolik perasmian diiringi Pengarah program. antara aktiviti yang terdapat di dalam tentatif yang pertama adalah  pertandingan sajak bertemakan alam se

Trip Buka puasa 2010

Image
sebelum tu saya nk ucapkan selamat menyambut ramadhan al-mubarak kepada semua. Saya menyertai trip berbuka puasa bersama rakan-rakan rumah ari tu. kitorang pergi konvoi 2 kereta dan menuju ke 3 destinasi, first pegi berbuka kat Restoran Tasik idaman , second pergi solat ishak dan tarawikh kat Masjid putrajaya dan terakhir sekali kitorang pergi Bukit Ampang tengok kuala lumpur dimalam hari.    gembira rasanya..hihi.. meriah rasanya berbuka ni..dahla atas tempat yang terapung atas air..huhu menunggu ketibaan lauk dan nasi.. sesi bergambar selepas berbuka dan solat maghrib.. termenung ke..? hihi... berehat dan menjamu juadah moreh di masjid Putrajaya keindahan Kuala Lumpur di malam hari.. berebut2 nk b'gambar..hihi..

Motivasi Pelajar DiKUIS

Image
31 julai 2010. Program ini adalah program anjuran Mahasiswa/i senior Fakulti Pendidikan iaitu gerkofest 2 . Dalam program ini, saya, saudara saifudin, saudara faiz fikri, saudara khalis safri, dan saudara munawar serta beberapa fesilitator siswi dilantik menjadi fesilitator bagi pelajar-pelajar yang akan datang pada keesokkan harinya adalah secara mengejut tanpa sebarang pemberitahuan. dengan kata lainnya adalah secara bidang terjun . bilanngan pelajar agak ramai dan seorang fesilitator mesti mengambil sekurang-kurangnya 20 orang pelajar untuk 1 kumpulan . agak susah la nak kawal pada mulanya, maklum la, budak-budak. huhu.. saudara munawar dah macam guru besar dah..hihi.. gaya duduk ni menyababkan gambar ni nampak pelik..huhu.. program di isi dengan program kesedaran belajar kepada pelajar seronok nampaknya dik..hihi.. diantara peserta perempuan..senyum yer..hihi semua peserta bersiap sedia untuk aktiviti sukan... sempat lagi bergambar walaupun sukan belum habis..hihi majlis penutup

Saat Bertemu

Image
Sekarang saya telah berada didalam Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan dinaungi oleh Fakulti Pendidikan KUIS. Banyak perkara baru yang saya belajar dan ramai rakan-rakan baru yang saya temui. Seronok sangat dapat bersahabat dengan mereka semua. setelah selesai kelas dengan Miss Natasya bergambar di hadapan fakulti kamil dibiliknya rakan sebilik ku rakan fakulti ku

Orientasi Fakulti Pendidikan

Image
Program orientasi fakulti pendidikan telah berlangsung selama 1 hari setengah. Dari program ini, saya dapat mengenal dengan lebih dekat lagi seluruh mahasiswa/I fakulti pendidikan yang masuk dan sama mendaftar dengan saya pada 16 mei 2010 yang lalu. Baru saya perasan yang selama ini saya tegur dan bergelak-ketawa adalah budak fakulti yang sama dengan saya. Huhu.. program ini dikelola kan oleh mahasiswa/I senior kami. Yang pasti,saya kumpulan kak Nabila..hihi.. membuat logo dan moto bagi kumpulan kami sebahagian mahasiswa/i lain bahan amanah saya masih elok..hihi.. rakan-rakan lain

Menjejakkan kaki di bumi KUIS

Image
Tanggal 5 Mei 2010, hari rabu, merupakan tarikh saya dijemput untuk sesi temuduga bagi memasuki dan mengambil jurusan Diploma Perguruan dalam bidang Pendidikan Islam. Saya terasa teruju ketika menuju ke KUIS, tetapi rasa gerun dan takut menyelubungi diri. Dah la persediaan sikit, risau macam-macam pula diorang Tanya nanti. Ni la tempat saya ditemuduga.. Tapi sebelum temuduga, boleh pula berjumpa dengan saudara asraf khairul annuar dan beberapa rakan sekolah SAMBBST. Hihi.. hilang sedikit gemuruh dihati. Saya ditemuduga selepas saudara asraf, semasa menunggu, saya telah berkenalan dengan beberapa pelajar secara tidak langsung seperti saudara saifudin, saudara fairus (penuh dah lupa) yang datang dari perak, dan ada la beberapa yang saya lupa namanya..hihi.. saya telah ditemuduga oleh dua orang pensyarah iaitu kiri Ust Mohamad Fuad Bin Hj Ishak selaku Dekan Fakulti Pendidikan dan kanan Ust sapie Bin Sabilan selak

Program Latihan Khidmat Negara

Image
Pada awalnya, akibat gembar-gembur cerita mengenai keburukan PLKN, saya merasakan program ini adalah sebuah program yang amat mensia-siakan, membazir masa, akan dibuli, akan dilatih dengan kejam dan sebagainya. Tidak kurangnya apabila ada yang mengatakan bahawa mereka yang terpilih untuk pergi ke program PLKN adalah pelajar yang tidak aktif dalam aktiviti ko-kurikulum disekolah mereka. Semua tanggapan itu saya terima bulat-bulat sehingga pada satu masa, ketika rakan-rakan menyemak keputusan yang terpilih  untuk ke PLKN termasuklah saya dan apabila nama saya terpilih untuk menyertai PLKN siri 7 tahun 2010, saya mengatakan “alangkah malangnya nasibku” huhu.. Bermulalah perjalanan saya dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Saya telah ditempatkan disebuah kem PLKN yang bernama kem Kepimpinan Gemilang Gopeng yang terletak di Gopeng, Perak. Setelah beberapa minggu berlalu, saya baru merasakan bahawa apa yang dikatakan oleh orang disekeliling saya selama ini tentang keburukan P