Assalamualaikum.. kali ini, saya nak berkongsikan pengalaman saya dalam menjalani 1 program yang dianjurkan oleh Fakulti Pendidikan, KUIS yang merupakan salah satu syarat wajib diikuti sebelum saya berkonvo nanti. Program Bina Insan Guru yang nama singkatannya BIG adalah satu program yang penuh dengan pengisian supaya bakal guru dan guru akan menjadi lebih berdisiplin, berani, dan gigih dalam menjalani kehidupan sebagai seorang guru. Setiap seorang yang menyertai program ini dinilai dari pelbagai aspek berdasarkan kepada aktiviti yang dijalankan sama ada aktiviti yang melibatkan jasmani, emosi, rohani atau intelek. semua aktiviti yang kami lakukan semasa program ini akan dikira dengan mata ( point ). Dengan mata tersebutlah yang menjadikan kita lulus atau tidak program ini. penerangan ringkas mengenai khemah Selain itu, matlamat kem ini juga ialah untuk membina insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, ketahan...