Kem Bina Insan Guru Siri 11 Terbaik..
Assalamualaikum..
kali ini, saya nak berkongsikan pengalaman saya dalam menjalani 1 program yang dianjurkan oleh Fakulti Pendidikan, KUIS yang merupakan salah satu syarat wajib diikuti sebelum saya berkonvo nanti. Program Bina Insan Guru yang nama singkatannya BIG adalah satu program yang penuh dengan pengisian supaya bakal guru dan guru akan menjadi lebih berdisiplin, berani, dan gigih dalam menjalani kehidupan sebagai seorang guru.
Setiap seorang yang menyertai program ini dinilai dari pelbagai aspek berdasarkan kepada aktiviti yang dijalankan sama ada aktiviti yang melibatkan jasmani, emosi, rohani atau intelek. semua aktiviti yang kami lakukan semasa program ini akan dikira dengan
mata ( point ). Dengan mata tersebutlah yang menjadikan kita lulus atau tidak program ini.
mata ( point ). Dengan mata tersebutlah yang menjadikan kita lulus atau tidak program ini.
penerangan ringkas mengenai khemah
Selain itu, matlamat kem ini juga ialah untuk membina insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, ketahanan fizikal yang kuat dan bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat serta negara selaras dengan nilai-nilai keguruan.
di bawah ini adalah diantara kenangan saya dan rakan-rakan yang mengikuti program ini..
Majlis menaikkan bendera Malaysia ( pagi )
Setiap hari selepas solat subuh, akan diadakan perbarisan untuk menaikkan bendera. Dalam aktiviti ini, kami akan menyanyikan 3 lagu iaitu lagu Negaraku, lagu Kuis dan lagu Guru Malaysia.
Antara aktiviti lasak kami diair ialah berkayak, berakit, terompah gergasi dan koprat game. Ia menguji kepada beberapa aspek iaitu kerjasama dalam kumpulan, pemikiran yang kreatif dan semangat juang yang tinggi.
Aktiviti Terompah Gergasi
Dalam aktiviti koprat game, kumpulan kami telah mencipta rekod baru game tersebut apabila telah mencipta menara setinggi 10 kaki.
Cipta rekod
Inilah menara yang dikelilingi ahli kumpulan saya.. sampai terpaksa panjat pokok untuk letak bola dihujung menara tersebut. terbaik la korang.. huhu..
AKTIVITI AIR
Taklimat sebelum berkayak dan berakit
Aktiviti berakit
penerangan sebelum berakit
macam nak tenggelam je rakit kumpulan ni.. hihi..
Seterusnya aktiviti kembara yang diadakan di Hutan Lipur Tanjung Tuan. Pelbagai spesis flora dan fauna yang kami temui. Disana juga terdapat Rumah api Tanjung Tuan yang dibina oleh Belanda pada tahun 1817.
Rumah Api Tanjung Tuan
dari rumah api tersebut, kami dapat melihat pemandangan laut yang luas terbentang dan dapat juga melihat "Air Pusar" atau air yang berpusar disebabkan struktur dasar laut yang tidak rata.
Berkumpul di kem sebelum menaiki bas bergerak ke Tanjung Tuan
Bacaan doa dan sedikit taklimat sebelum mendaki dan meredah hutan di Tanjung Tuan
Sedikit pekongsian tentang tempat dan kawasan rumah api Tanjung Tuan yang disampaikan oleh jurulatih iaitu Yang Mulia Raja.
sewaktu turun dari rumah api selepas melihat "pusar air" dan mendapatkan maklumat lain berkenaan rumah api tersebut.
selesai sahaja meneroka hutan tersebut, kami berhenti untuk masak tengahari mengikut kumpulan.
makan je la apa yang dimasak.. hihi..
di sini kami diterapkan dengan nilai hormat menghormati dan bersederhana dalam semua aspek terutama apabila menjamu selera.
bersederhana dalam menikmati hidangan yang juga sederhana
Selain itu, nilai kerohanian juga diterapkan kepada setiap peserta dengan solat berjemaah setiap waktu, berqiamulail setiap pagi secara berjemaah dan terdapat tazkirah subuh dan maghrib setiap hari yang disampaikan oleh ustaz yang hebat belaka walaupun tidak terkenal yang terdiri daripada kalangan Pelajar separuh masa.
solat berjemaah
Dalam program ini juga, terdapat program yang menguji kreativiti dan pemikiran mahasiswa apabila diarahkan membuat persembahan Sketsa ( P&P ), Nyanyian Lagu Patriotik dan nyanyian Lagu Nasyid hanya dalam masa 15 minit sahaja. Aktiviti ini sangat menguji kami dalam memikirkan dan cara untuk mempersembahkan persembahan tersebut.
Sebelum majlis penutup, terdapat slot refleksi ataupun perkongsian sama ada perkongsian tersebut positif atau negatif. Pelbagai komen yang positif yang diungkapkan malahan terdapat juga komen yang membina supaya terdapat penambahbaikan terhadap program ini dimasa akan datang.
berkumpul mendengar taklimat daripada Tn HJ Rekkeman, Ust Fuad, dan jurulatih
Majlis penyerahan bendera Malaysia tanda tamat program BIG kali ini.
program diakhiri dengan salam jamaie bersama semua pensyarah, jurulatih dan peserta.
kerana anda berjaya menghadiri program ini..
Jadikanlah pengalaman itu sebagai satu kenangan yang dapat membina tali silaturrahmi diantara kita serta dapat membentuk diri kearah yang lebih baik.
Sekian..
kerana anda berjaya menghadiri program ini..
Jadikanlah pengalaman itu sebagai satu kenangan yang dapat membina tali silaturrahmi diantara kita serta dapat membentuk diri kearah yang lebih baik.
Sekian..
terbaik.....
ReplyDeletebestnye..x sabar turn kami plak..huhu
ReplyDelete