Selamat Hari Guru


 Sambutan Hari Guru Peringkat SRAI TAF 2013




Diharap semua pembaca berada dalam keadaan sihat sejahtera disamping limpahan rahmat dan nikmat yang diberikan oleh Allah didunia ini.


Saya rasa, masih belum terlewat untuk mengucapkan

kepada semua guru dan para pendidik yang amat dikasihi.. 



 khamis lepas, SRA Integrasi Tengku Ampuan Fatimah, Batu Belah mengadakan Sambutan Hari Guru.. Sambutan tersebut amat meriah dan sangat mengujakan saya sebagai pendidik yang baru sahaja menjejakan kaki ke alam keguruan yang sebenar.

Banyak juga hadiah yang kalian berikan kepada saya.. Hanya ucapan terima kasih sahaja yang dapat saya ungkapkan kepada kalian.. Saya akan berusaha untuk menjadi guru yang terbaik kepada pihak pengurusan sekolah dan seluruh guru dan pelajar.. Insya Allah.. 

 Terima kasih yer atas hadiah kalian semua.. hihi..

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pelajar yang menghargai jasa guru kalian dengan memberikan hadiah kepada guru. Tetapi ingatlah, tidak semestinya hadiah yang kamu berikan itu sahaja yang kami guru-guru inginkan semasa sambutan hari guru. Bagi kami, hadiah terbesar yang kami guru-guru inginkan dari pelajar adalah kejayaan kamu semua dari segi Akademik yang mantap dan sahsiah yang terpuji  bukan sahaja kepada guru, tetapi kepada semua orang yang berada disekeliling kamu..



Akhir sekali, ingatlah, tanpa guru mu yang mengajar kamu tulis dan baca, kamu tidak akan berjaya dimasa hadapan.. dan ingatlah, belajar tanpa guru ibarat  menuntut ilmu dengan syaitan.. mengapa dikatakan belajar dengan syaitan?
kerana, ditakuti berlakunya syirik atau penyelewengan dalam akidah apabila belajar sendiri akibat kesilapan dari segi kefahaman dalam sesuatu ilmu itu..

Selamat


 Jasa mu akan ku kenang sehingga akhir hayat... 

Comments

Popular posts from this blog

Kening Berdenyut-denyut

Isu masalah pelajar zaman sekarang

Perkataan Bahasa Inggeris paling panjang