Isu masalah pelajar zaman sekarang


 Assalamualaikum..



Pada zaman yang serba maju dan membangun ini, pelbagai cabaran yang harus ditempuhi oleh semua pihak terutama insan yang bergelar guru. Sifat dan perangai pelajar dan ibubapa pada hari ini sangat berbeza dengan zaman dahulu. saya teringat ketika saya bersekolah disekolah rendah dahulu, saya didenda oleh guru disebabkan tidak bawa sebuah buku ke sekolah dan telah dirotan serta meninggalkan bekas ditapak tangan. Saya balik kerumah dan menunjukkan kepada ayah untuk mendapatkan pembelaan. Tetapi lain pula yang jadi, ayah saya merotan saya kembali dan menelifon guru yang merotan saya dan mengucapkan terima kasih. Tetapi pada zaman sekarang, masih adakah ibubapa seperti ini? Itu adalah persoalan saya sekarang ini. Kebanyakan ibubapa hanya menyalahkan guru atas segala apa yang berlaku keatas anaknya disekolah sedangan masalah yang timbul ke atas pelajar atau anaknya tidak dilaporkan kepada guru dan mengatakan guru tidak mengambil berat dan tidak mempunyai hati serta perasaan jika mendenda anak mereka.

di bawah ini antara blog yang membincangkan pelbagai masalah pelajar pada zaman ini..

petikan dari blog
Lakaran Kata 
Masalah yang wujud sekarang ialah masalah pelajar-pelajar tidak menghormati guru-guru. Persoalannya, mengapa masalah ini wujud sekarang?
Dewasa ini, boleh dikatakan bahawa ramai pelajar kurang menghormati guru-guru di sekolah. Perhubungan antara guru dengan pelajar tidak seakrab seperti zaman dahulu. Perkara ini wujud ada banydk kaitannya dengan sikap ibu bapa pelajar itu sendiri. Pada zaman dahulu ibu bapa begitu akrab hubungannya dengan guru-guru. Mereka sentiasa berkirim “salam”. Sekarang di zaman serba moden ini, keadaan seperti ini tidak wujud lagi. Jika dahulu ibu bapa sentiasa menyatakan guru berada di pihak yang benar jika mereka mendenda serta merotan anak-anak mereka.
Pada masa sekarang keadaan itu amat jauh berbeza. Sebaliknya guru-guru pula yang disalahkan jika mereka mendenda serta merotan pelajar-pelajarnya. Bagi ibu bapa sekarang, mereka lebih berpihak kepada anak-anak serta menyalahkan guru-guru. Ibu bapa pada zaman sekarang lebih memanjakan anak-anak. Jika terdapat kesan-kesan merah atau calar-calar pada badan anak-anak, mereka akan segera menyerang pihak sekolah tanpa usul periksa terlebih dahulu.
petikan dari blog 1 KLIK
bertajuk Disiplin pelajar sekolah semakin merosot

Ponteng sekolah 
Kes ponteng sekolah terutamanya mencatat bilangan yang tertinggi berbanding dengan kes-kes disiplin yang lain. Gejala ponteng sekolah di kalangan pelajar-pelajar sekolah bertambah dengan kadar yang serius bagai “ cendawan tumbuh selepas hujan ” walaupun berbagai-bagai langkah telah dilaksanakan bagi menangani masalah ini. 
Sebenarnya, punca utama wujudnya amalan ponteng sekolah adalah bermula oleh masalah  keluarga seseorang pelajar itu sendiri. Timbulnya pertelingkahan antara ibu dan bapa menyebabkan kebajikan anak-anak terabai.
KONGSI GELAP (GANGSTERISME) DI SEKOLAH 
  
Remaja mengalami perasaan terasing dan tidak berdaya disebabkan kurangnya struktur sokongan tradisi seperti keluarga dan sekolah. Situasi ini akan membawa kepada perasaan kecewa dan tegang lalu mendorong kepada usaha mendapatkan sokongan di luar institusi tradisional.  
Keanggotaan kongsi gelap memberikan remaja perasaan "sense of belonging" dan menjadi sumber utama penampilan identiti oleh ahli-ahli mereka. Seterusnya, keahlian tersebut menjadikan remaja merasakan diri mereka berkuasa dan menguasai di mana kegiatan kumpulan akan menjadi tempat mereka melepaskan kemarahan atau pun ketegangan.  

Isu yang dibincangkan diatas merangkumi masalah pelajar yang sering berlaku sekarang dan hangat diperkatakan sekarang. Dibawah ini saya selitkan sekali beberapa video dari youtube.com tentang masalah disiplin pelajar disekolah.

pelajar tidak menghormati guru... (kejadian sebenar)


masalah disiplin pelajar sekarang ( Lakonan ) 



ponteng sekolah 

- sekian - 



Comments

Popular posts from this blog

Kening Berdenyut-denyut

Perkataan Bahasa Inggeris paling panjang