Isu masalah pelajar zaman sekarang
Assalamualaikum.. Pada zaman yang serba maju dan membangun ini, pelbagai cabaran yang harus ditempuhi oleh semua pihak terutama insan yang bergelar guru. Sifat dan perangai pelajar dan ibubapa pada hari ini sangat berbeza dengan zaman dahulu. saya teringat ketika saya bersekolah disekolah rendah dahulu, saya didenda oleh guru disebabkan tidak bawa sebuah buku ke sekolah dan telah dirotan serta meninggalkan bekas ditapak tangan. Saya balik kerumah dan menunjukkan kepada ayah untuk mendapatkan pembelaan. Tetapi lain pula yang jadi, ayah saya merotan saya kembali dan menelifon guru yang merotan saya dan mengucapkan terima kasih. Tetapi pada zaman sekarang, masih adakah ibubapa seperti ini? Itu adalah persoalan saya sekarang ini. Kebanyakan ibubapa hanya menyalahkan guru atas segala apa yang berlaku keatas anaknya disekolah sedangan masalah yang timbul ke atas pelajar atau anaknya tidak dilaporkan kepada guru dan mengatakan guru tidak mengambil berat dan tidak mempunyai