Posts

Showing posts from April, 2010

Program Latihan Khidmat Negara

Image
Pada awalnya, akibat gembar-gembur cerita mengenai keburukan PLKN, saya merasakan program ini adalah sebuah program yang amat mensia-siakan, membazir masa, akan dibuli, akan dilatih dengan kejam dan sebagainya. Tidak kurangnya apabila ada yang mengatakan bahawa mereka yang terpilih untuk pergi ke program PLKN adalah pelajar yang tidak aktif dalam aktiviti ko-kurikulum disekolah mereka. Semua tanggapan itu saya terima bulat-bulat sehingga pada satu masa, ketika rakan-rakan menyemak keputusan yang terpilih  untuk ke PLKN termasuklah saya dan apabila nama saya terpilih untuk menyertai PLKN siri 7 tahun 2010, saya mengatakan “alangkah malangnya nasibku” huhu.. Bermulalah perjalanan saya dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Saya telah ditempatkan disebuah kem PLKN yang bernama kem Kepimpinan Gemilang Gopeng yang terletak di Gopeng, Perak. Setelah beberapa minggu berlalu, saya baru merasakan bahawa apa yang dikatakan oleh orang disekeliling saya selama ini tentang keburukan P