Posts

Grand Gerkofest 3 ( Perbincangan dan lawatan tapak )

Image
Saya dalam program ni dilantik sebagai  Penyelaras  program bagi menyelaras dan memastikan semua tugasan berjalan dengan lancar mengikut perancangan yang telah dibuat. Ini la tugas yang agak susah sebab kali ni saya kena berkerjasama dengan orang yang saya tak pernah jumpa dan berurusan dengan pihak luar yang terlibat. Banyak perbincangan dibuat dan Alhamdulillah, ia telah menampakkan hasil apabila kami Berjaya membuat lawatan tapak dan perbincangan serta pertemuan 4 mata antara pihak kami dan pihak kem di lokasi di namakan  Kem Nur Lembah Pangsun, hulu Langat, Selangor . Tempat ni memang best dan sangat sesuai. Jadi tempat ini telah kami pilih untuk program kami ini. Mesyuarat AJK Program Grand Gerkofest 3 @ KUIS antara barisan tertinggi Grand Gerkofest 3  perbincangan tentang aktiviti dan setiausaha ( berkopiah ) mencatat sesuatu sempat lagi nk bergambar bagai.. hihi.. ni tugu penanda Kem Nur Lembah Pangsun melihat dan mela...

Kajian Gerko ( Gerak Kerja Kokurikulum )

Image
Kali ni saya dan rakan saya Mohd Asraf Bin Khairul Annuar kena buat satu tajuk kajian berkaitan dengan perlancongan dimalaysia. Agak susah la nak memilih tajuk pada asalnya, sebab tempat perlancongan yang nak dipilih tu kena la dekat dan mudah untuk pergi membuat kajian disana. Jadi saya dan saudara Asraf memilih untuk pergi ke Sepang Goldcoast sahaja untuk membuat kajian. Proses membuat kajian itu pun agak susah, sebab masa kami turun kelapangan untuk mengambil sedikit maklumat dari pihak sana, ada la juga yang kurang memberikan kerjasama. Tapi itu semua perkara biasa dalam mencari maklumat macam ni. Jadi kami tabahkan hati untuk menyiapkan kajian ini untuk dibentangkan di program Gerko fest nanti. Doakan yang kami akan Berjaya nanti.. Insya Allah… kat bawah ni gambar-gambar yang kami perolehi untuk kajian..tapi jujur saya cakap, tempat ni memang cantik .. salah satu taman yang terdapat disana keindahan ketika matahari terbenam salah satu bangunan...

Hari Alam Sekitar FP di KUIS

Image
Akhirnya selesai juga program Hari Alam Sekitar ni. Letih dan tersangatlah letih menguruskan program tu. Dah la program tu saya yang jadi PENGARAH nya, dahla pengalaman dalam menganjurkan program macam tu memang saya tak ada.. tapi Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah sewaktu menjalankan program tu. Dekat bawah ni ada beberapa gambar aktiviti semasa program hari alam sekitar ni berlangsung, tetapi hanya beberapa gambar sahaja yang dapat saya muatkan didalam blog saya ni. Jadi, ni sebagai kenangan saya menganjurkan aktiviti pertama untuk saya dan rakan-rakan saya serta sebagai tatapan semua. program ini telah dirasmikan oleh yang berusaha Tuan Haji Ishamuddin Bin Ismail selaku PENASIHAT dan pensyarah gerko 1 . memasukkan botol, kertas dan plastik di tong yang disediakan sebagai simbolik perasmian diiringi Pengarah program. antara aktiviti yang terdapat di dalam tentatif yang pertama adalah  pertandingan sajak bertemakan ala...

Trip Buka puasa 2010

Image
sebelum tu saya nk ucapkan selamat menyambut ramadhan al-mubarak kepada semua. Saya menyertai trip berbuka puasa bersama rakan-rakan rumah ari tu. kitorang pergi konvoi 2 kereta dan menuju ke 3 destinasi, first pegi berbuka kat Restoran Tasik idaman , second pergi solat ishak dan tarawikh kat Masjid putrajaya dan terakhir sekali kitorang pergi Bukit Ampang tengok kuala lumpur dimalam hari.    gembira rasanya..hihi.. meriah rasanya berbuka ni..dahla atas tempat yang terapung atas air..huhu menunggu ketibaan lauk dan nasi.. sesi bergambar selepas berbuka dan solat maghrib.. termenung ke..? hihi... berehat dan menjamu juadah moreh di masjid Putrajaya keindahan Kuala Lumpur di malam hari.. berebut2 nk b'gambar..hihi..

Motivasi Pelajar DiKUIS

Image
31 julai 2010. Program ini adalah program anjuran Mahasiswa/i senior Fakulti Pendidikan iaitu gerkofest 2 . Dalam program ini, saya, saudara saifudin, saudara faiz fikri, saudara khalis safri, dan saudara munawar serta beberapa fesilitator siswi dilantik menjadi fesilitator bagi pelajar-pelajar yang akan datang pada keesokkan harinya adalah secara mengejut tanpa sebarang pemberitahuan. dengan kata lainnya adalah secara bidang terjun . bilanngan pelajar agak ramai dan seorang fesilitator mesti mengambil sekurang-kurangnya 20 orang pelajar untuk 1 kumpulan . agak susah la nak kawal pada mulanya, maklum la, budak-budak. huhu.. saudara munawar dah macam guru besar dah..hihi.. gaya duduk ni menyababkan gambar ni nampak pelik..huhu.. program di isi dengan program kesedaran belajar kepada pelajar seronok nampaknya dik..hihi.. diantara peserta perempuan..senyum yer..hihi semua peserta bersiap sedia untuk aktiviti sukan... sempat lagi bergambar walaupun sukan belum habis..hihi majlis penutup ...