Grand Gerkofest 3 ( Perbincangan dan lawatan tapak )
Saya dalam program ni dilantik sebagai Penyelaras program bagi menyelaras dan memastikan semua tugasan berjalan dengan lancar mengikut perancangan yang telah dibuat. Ini la tugas yang agak susah sebab kali ni saya kena berkerjasama dengan orang yang saya tak pernah jumpa dan berurusan dengan pihak luar yang terlibat. Banyak perbincangan dibuat dan Alhamdulillah, ia telah menampakkan hasil apabila kami Berjaya membuat lawatan tapak dan perbincangan serta pertemuan 4 mata antara pihak kami dan pihak kem di lokasi di namakan Kem Nur Lembah Pangsun, hulu Langat, Selangor . Tempat ni memang best dan sangat sesuai. Jadi tempat ini telah kami pilih untuk program kami ini. Mesyuarat AJK Program Grand Gerkofest 3 @ KUIS antara barisan tertinggi Grand Gerkofest 3 perbincangan tentang aktiviti dan setiausaha ( berkopiah ) mencatat sesuatu sempat lagi nk bergambar bagai.. hihi.. ni tugu penanda Kem Nur Lembah Pangsun melihat dan melawat sekitar kawasan