Posts

Showing posts from August, 2012

Kerja Lapangan di SK Kajang Utama

Image
saya, salam dan syukri mendapat tugasan tentang tingkah laku pelajar disekolah dalam subjek Kaunseling . kami semua diarahkan supaya menemuramah kaunselor dimana-mana sekolah yang terdekat. ini bertujuan untuk mendedahkan sendiri situasi sebenar sekolah dalam menangani permasalahan pelajar dari segi tingkah laku. setelah kami pergi ke beberapa sekolah sebelum ini, s ekolah Kebangsaan Kajang Utama ini sukarela untuk menjadi sekolah untuk kami kaji dan ditemuramah untuk mendapatkan maklumat. salam dan syukri menemuramah guru kaunselor SK Kajang Utama .   giliran saya pula mendapatkan maklumat.. sesi bergambar bersama kaunselor sekolah ini sebagai bukti kami menjalankan kajian ini. syukri pula.. hihi.. maklum la, juru gambar khas tak ada..hihi bergambar bersama pelajar sekolah yang berada di bilik kaunseling diantara pelajar-pelajar SK Kajang Utama   bergambar dengan pelajar darjah 2.. kecik-kecik budak-budaknya.. sekolah ini sedang menjalankan program perkhe

Selamat Hari Raya 2012

Image
salam lebaran saya ucapkan kepada semua, setelah kita berpuasa selama sebulan dengan menempuh segala kesusahan dan lapar serta dahaga serta di duga pula dengan cuaca yang amat panas. Itu semua adalah ujian kita semasa beribadah kepada Allah dan tanda syukur kita diatas segala nikmat yang Allah turunkan kepada kita selama kita hidup dimuka bumi ini. Sambutlah kejayaan ini dengan penuh kesyukuran kepada ilahi. kebetulan pula syawal kali ini sama dengan tarikh kemerdekaan Malaysia yang ke 55 tahun. semoga keamanan yang kita kecapi hari ini berterusan tanpa ada tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab memusnahkan keamanan ini. Selamat Hari Raya Aidul Fitri dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia Ke 55..